kamal, dunia, akhirat & syurga

The actual way to express yourself is not via blog, you must talk

Lupa Diri

Hari ini ada 2 post aku buatkan. pertama tadi entry khas untuk berbuka semalam.

Entry yang ini aku tujukan khas untuk penduduk Selangor yang mungkin membaca.


Petikan dari Utusan Malaysia ini menarik perhatian aku. Benar sungguh bagai dikata, kail sejengkal jangan laut hendak diduga.

Kalau parti yang ditubuhkan hanya untuk menuntut keadilan bagi seseorang, janganlah negeri yang hendak di tawan. Pakatan KeAdilan nampak gah satu ketika, dapat menumbangkan Pakatan Barisan yang sudah puluhan tahun menakluki negeri ini. Menakluki bukan hanya bermaksud menjajah, namun telah banyak pembangunan dikecapi, hasil pimpinan Pakatan Barisan ini.

Pilihan raya 2008 menceritakan sebaliknya. Pakatan Barisan tewas teruk di tangan Pakatan KeAdilan. Kemajuan yang telah dicapai berdekad lamanya, dilupakan terus rakyat negeri ini dek kerana terpengaruh dengan dakyah politik Pakatan KeAdilan. Lupa diri? Fikir-fikirkanlah.

Belum ada sebarang perubahan jelas selama 18 bulan menakluk negeri, kerajaan sekarang sudah goyah dek tindakan sendiri. manakan tidak jika bekerja bukan untuk rakyat, tapi untuk poket sendiri. memang betul, Pakatan Barisan juga bekerja untuk poket sendiri, tapi mereka tidak terus melupa diri untuk tidak bekerja demi rakyat.

Fikir-fikirkanlah demi negeri sendiri.. Anda buat, anda dapat..

p/s: berdoa kerajaan barisan dapat balik untuk kemajuan...

1 comments:

tapi stil bagi aku apa yg berlaku di selangoq la nih cuma propanganda mainan politik yang diterajui oleh UMNO dan sekutunya..ekeke..baik BN mahupun PR, kebanyakkannya berpolitik utk kesenangan diri sendiri.susah utk jumpa pemimpin mcm zaman dulu2 yang mmg bekerja utk rakyat.