kamal, dunia, akhirat & syurga

The actual way to express yourself is not via blog, you must talk

Kenyang Sungguh


sayang ada di KL last weekend. pulang sebab rindu katanya. harap begitulah, sebab aku pun sangat rasakan yang sama. seperti diracang, kami keluar ke Sunway Pyramid hari ahad lepas menonton Final Destination 4 di IOI Mall.

aku benci cerita ini. sungguh x best. sebab aku x boleh nak tengok dengan jelas apa yang terjadi. bukan sebab aku rabun atau x nampak, tapi sebab aku tutup mata. bukan tutup mata sebab takut, tapi sebab saja xnak tengok. sebab macam aku cakap tadi, cerita ni bukan best pun. buat ape nak tengok?

tertanya di hatiku macam mana la pengarah ni boleh fikir nak buat cerita begitu. sakit hati aku nak menunggu cerita tu habis. rase macam nak ajak sayang keluar awal, tapi segan sebab xde reason kukuh. takkan nak cakap taknak tengok, malu la den.. cerita ni LANSUNG tak menyentuh perasaan walaupun ramai yang mati, tapi cerita ni sangat MENYIKSAKAN perasaan aku. taktau kenapa. mungkin sebab aku cakap cerita ni x best kot di awal tadi. haha.

abes menonton aku dan sayang ke One utama, untuk berbuka puasa di Seoul garden bersama nana, dy, amy, dan sara. makan lagi. itu je yang sayang aku tahu, macam mana la aku x besar macam ni di jaganya. takpelah, cukup sekadar die menyayangi aku sepenuh hati. kami sampai di OU sekitar 5ptg. masih awal lalu kami ke JJ mencari baju. 70% di depan mata, tapi aku kuatkan semangat xnak membazir. nak simpan duit nak kawen. Kunun.

kami berkumpul si Seoul Garden lebih kurang pukul 6.30ptg. Ini tempatnya.


kami makan dengan lahapnya. takde sorang pun control sebab semua lapar walaupun ada yang tak puasa. aku jangan di kata. lamb kesukaan menjadi mangsa. sepinggan dua ape barang, 3 pinggan lamb aku abeskan. sayang kununnya menumpang, tapi tanpa disedarinya die juga abeskan sepinggan. hehe takpe sayang kamu comel bile makan banyak.

dy dan amy makan lagi banyak. takpe, mungkin tgh bahagia takde krisis rumahtanga.

Sebaliknya nana hanya makan seround sahaja. mungkin ada sebabnya tiada rasa untuk bergembira. takpe cuba lagi lain kali.

bagi aku dan sayang, ini adalah hari yang telah lama kami tunggu. hari untuk bersama. dah lama sebenarnya tak dapat masa begini. kami penuhi dengan kebahagiaan tanpa ada perang kecil.

hari ini dia pulang kembali ke Melaka. meneruskan tugasnya. aku faham tanggungjawabnya. semoga sayang akan bersemangat meneruskan kehidupan tanpa aku di sisi nya. inilah cabaran yang harus kami pikul, untuk terus menempuh hidup penuh ranjau ini. buat sayang, i miss you oredi..

p/s: makan kenyang sampai tayah sahur esok paginya...

0 comments: