kamal, dunia, akhirat & syurga

The actual way to express yourself is not via blog, you must talk

Cinta Saya

kata orang cinta itu buta.

tapi kata aku cinta itu gila.

kamu yang bercinta belum pasti apa yang akan kamu lakukan jika kamu benar-benar cintakan seseorang.

aku juga bercinta. dan cinta aku gila. lebih teruk lagi jika aku cinta dan aku rindu. apa sahaja akan aku lakukan demi itu.

2 September 2009 aku nekad. nekad atas dasar cinta. Ke Melaka aku pergi melawatnya. Sang bulan yang telah seminggu pungguk rindukan.tepat pukul 2.30 petang aku ke sana menemuinya. hati berdetik-detik sambil memandu menanti saat untuk bertemu.

tepat 4.30ptg aku sampai di sana. MMU Melaka arah tujuan.aku dan dia ke surau mengerjakan Asar, memandang penting suruhan tuhan.selepas ibadat dikerjakan, aku di bawa ke pejabat baru miliknya. bilik kecil, namun di sebalik itu, terdapat satu masa depan yang cerah buatnya. jalan pilihan nya, dengan kerelaan aku sendiri. harap dia akan berjaya di sana, demi masa depan kami berdua.

setelah bilik dilawati, kami ke luar mencari bilik untukku bermalam. ada satu rumah tumpangan, RM50 satu malam, namun bilik itu agak mengerikan, dengan perkerja kontrak Indonesia di bilik sebelah, aku yakin aku akan tidur gelisah. namun wang sudah di bayar, keputusan tidak boleh dipinda. setelah selesai, kami bergegas ke Melaka Town untuk berbuka puasa, tanpa ada hala tuju sebenar. setelah berbincang bersama-sama, keputusan dibuat, ke Seoul Garden kami pergi. mungkin sedap katanya Cik Putri.

sabda nabi pula, makan biarlah berhenti sebelum kenyang. tapi kami tidak kenyang, jadi kami makan sampai semua hilang dari pandangan. Rm50 lagi untuk 2 orang, makan sampai kenyang dan pulang dengan lapang..terdetik di hatiku, sesuatu yang amat aku inginkan selama ini telah tercapai. berbuka puasa dengannya berdua, menikmati masa kami bersama. melihatnya senyum memandangku gembira. melihatnye gembira memandangku tersenyum. semoga kebahagiaan ini akan kekal abadi..

selesai hampir 4 round kami makan, aku ke tesco Melaka dengannya, ingin membeli pewangi bilik. lalu terus kami pulang ke MMU, menghantarnya kembali ke rumah sewa. aku pula membawa diri sepi ke hotel kancil, tempat bersemayam malam itu.

Esoknya sebelum pulang, aku mengambil dan menghantar dia ke MMU. sedih hati ini ingin berpisah kembali. apakan daya ini lah kehidupan. gembira pasti ada sedihnya. susah mesti ada senangnya. aku mendoakan agar kehidupan kami akan terus senang di masa depan.

p/s: abes rm100 tidur kat 2 hotel, next time abes rm100 tido kt 1 hotel best..

0 comments:

About

Takde yang beza, biasa-biasa aje..